Sejak tahun 1932 golongan
tentera telah menguasai politik jepun dan
pada tahun 1937 tentera mula menjerang
negara china. Jepun bersekutu dengan jerman dan
itali pada perang dunia kedua untuk
menentang kuasa berikat iaitu british dan
amerika syarikat pada 8 disember 1941 jepun mula
menyerang tanah melayu dan pada pertengahan
februari 1941 tanah melayu dan singapura
jatuh ke tangan jepun. Tentera jepun cukup terlatih ,
berpengalaman , bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik.,
kurang bersedia, kelewatan tentera bantuan dari london dan india, menyerang
melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangka british
,kapal perang prince of wales dan repules yang ditenggelamkan oleh jepun
pada 10 disember 1941 telah melemahkan lagi perahanan british.Persediaan
tentera jepun yang lengkap. Pentadbiran jepun di tanah melayu ialah Jepun
memerintah tanah melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya
memulihkan keadaan awam, mewujudkan pemerintahan "Asia untuk orang
asia" dan memonopoli sumber ekonomi di tanah melayu.
Antara corak pentadbiran tentera jepun di tanah melayu
ialah pentadbiran tanah melayu yang dikenali sebagai Malai baru .Diketuai oleh
seorang presiden jepun atau Gunsekin.Setiap negeri pula diketuai oleh seorang
gabenor jepun atau syuchokan.Singapura yang dikenali sebagai syonan ditadbir
bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri
daripada Kelantan, Perlis, Terengganu dan Kedah diserahkan kepada negara Thai
pada bulan Ogos .
No comments:
Post a Comment