Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama
lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat
dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama
Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.
Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan
dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan
nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian
negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A
Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.
No comments:
Post a Comment