Tuesday, February 2, 2016

SEJARAH PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

PENGENALAN



MEMBINCANGKAN SECARA KRITIS MENGENAI ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS,BELANDA,BRITISH DAN JEPUN


OBJEKTIF KAJIAN

1.   Mengenal pasti faktor penjajahan Portugis. Belanda, British dan Jepun.
2.   Mengenal pasti faktor penentangan terhadap penjajahan.
3.   Mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan.
4.   Mengkaji kesan penjajahan kuasa asing ke Tanah Melayu.

PENGENALAN


Kajian kami ialah mengenai zaman penjajahan ditanah melayu iaitu membincangkan secara kritis mengenai zaman penjajahan portugis, belanda, british dan jepun di tanah melayu dan kesannya kepada tanah melayu. Dalam kajian kami terdapat beberapa objektif utama iaitu mengenal pasti faktor penjajahan Portugis. Belanda, British dan Jepun, mengenal pasti faktor penentangan terhadap penjajahan, mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan, dan mengkaji kesan penjajahan kuasa asing ke Tanah Melayu.   Apabila dunia eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan, penjelajahan, dan penjajah Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa barat. Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15. Pelayaran orang eropah oleh Bartholomew Diaz ke Tanjung di Benua Afrika pada tahun 1488 dan Vasca Da Gama di Kalikat pada tahun 1498.Penemuan ini membuka ruang kepada India dengan membuka Loji Perdagangan di Cochin dan menawan Goa pada tahun 1510 manakala Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelom menawan Kota Melaka pada tahun 1511.Sejarah membuktikan British telah menduduki negara ini lebih daripada 150 tahun.  Masyarakat menyedari bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah oleh pendudukan Kuasa-Kuasa Asing seperti Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824), British    (1824-1957), Jepun      (1941-1945).

No comments:

Post a Comment