Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis
berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai
pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di
samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan
agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai
oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan
Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.
Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah
menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan
Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan
hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan de
Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri
dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan
rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk
menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan
akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.
he
ReplyDelete